Sabtu, 23 November 2013

10 Ribu Pengikut Syiah di Johor

MUAR - Seramai 10,000 pengikut Syiah dikenal pasti bergerak aktif di Johor dan didapati bekerjasama dengan pengikut ajaran itu dari negara jiran, Singapura.
Pengerusi Jawatankuasa Agama negeri, Abdul Mutalip Abd. Rahim (gambar kecil) berkata, pihaknya sedang memantau perkembangan itu dan setakat ini sudah menahan 10 pengikut ajaran itu di Ulu Tiram, Johor Bahru, dua minggu lalu untuk siasatan.
"Pengikut Syiah terdapat di mana-mana di negeri ini dan paling ramai di Johor Bahru dan Kluang. Mereka menggunakan prinsip taqiyah iaitu tidak menzahirkan amalan mereka dan berpura-pura bagi mengelak dikesan mengamalkan ajaran itu.
"Seperti juga di tempat lain, pengikut Syiah tertarik dengan ajarannya yang kononnya mudah antaranya tidak perlu menunaikan solat Jumaat sekiranya hujan serta amalan nikah mutaah," katanya ketika ditemui selepas perasmian Masjid As-Syakirin di Kampung Kenangan Dato' Abdullah Jaafar, Bakri di sini semalam.
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail Sultan Iskandar berkenan merasmikan masjid itu.


Artikel Penuh: SUMBER

Tiada ulasan: