Rabu, 6 November 2013

470,395 Calon SPM bagi Tahun 2013



KUALA LUMPUR 5 Nov. - Sebanyak 470,395 calon akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di 3,616 pusat peperiksaan di seluruh negara mulai esok hingga 5 Disember.
Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan memberitahu, sebanyak 415,509 calon terlibat adalah dari sekolah kerajaan, 8,054 calon (sekolah di bawah agensi kerajaan selain kementerian) dan 8,325 calon (sekolah menengah agama negeri).
Selain itu, menurut Lembaga Peperiksaan, turut menduduki peperiksaan tahun ini ialah 11,261 calon (sekolah swasta yang berdaftar dengan kementerian), 1,389 calon (sekolah menengah agama rakyat) dan 25,857 calon (persendirian).
"Sebanyak 30,863 petugas peperiksaan dilantik bagi memastikan peperiksaan berjalan lancar," katanya dalam satu kenyataan.
Lembaga Peperiksaan turut mengingatkan calon supaya merujuk jadual peperiksaan tentang waktu peperiksaan serta arahan dan amaran yang perlu dipatuhi semasa peperiksaan.
"Jadual peperiksaan yang telah diedarkan ke sekolah boleh dimuat turun melalui laman web Lembaga Peperiksaan di alamat http://www.moe.gov.my/lp.
"Calon turut diingatkan supaya membawa kad pengenalan masing-masing ke pusat peperiksaan bagi memastikan pengurusan dan pengendalian peperiksaan berjalan dengan lancar,'' kata kenyataan berkenaan.

1 ulasan: