Jumaat, 8 November 2013

Cara Duduk Rasullulah SAW Ketika Makan


Makanan merupakan satu keperluan untuk seseorang manusia terus hidup. Menerusi makanan, manusia akan mendapat bekalan tenaga yang terdiri daripada sumber karbohidrat,protein,dan pain-lain. 

Mungkin kita selalu mendengar ungkapan ini itu makan untuk hidup tetapi akan membawa satu masalah jika kita memegang falsafah bahawa hidup itu untuk makan. Hal ini kerana , boleh dikatakan bahawa faktor utama bagi pelbagai jenis penyakit terutamanya di Malaysia ini berpunca daripada makanan serta gaya pemakanan yang tidak betul. Ia boleh menyumbang kepada penyakit seperti penyakit jantung, kencing manis, dan lain-lain. 

Kita di Malaysia ini mewah dengan pelbagai jenis makanan. Oleh itu, boleh saya katakan bahawa kita di sini boleh mati akibat termasuk terlebih makanan dan mereka yang tinggal di negara-negara miskin mati akibat kekurangan bekalan makanan .

Nabi Saw pernah bersabda : "Barangsiapa yang mengikuti sunnahku ,bererti dia cinta kepadaku. Dan barang siapa yang cinta kepadaku, maka akan masuk syurga bersamaku." 

Oleh sebab itu, tidak rugi sebenarnya kita mengamalkan apa sahaja sunnah nabi kerana menurut ulama, sesiapa yang mengamalkannya akan mendapat dua keuntungan iaitu pahala yang berlipat kali ganda dan keberkatan . Jadi, berbalik kepada cara pemakanan tadi , Rasullulah saw ketika makan baginda akan duduk seperti ketika bertahiyat awal tetapi lutut kanannya dinaikkan. Posisi begini iaitu peha atau lutut kanan dinaikkan manakala baginda duduk pada bahagian kaki kiri

Sebenarnya, menerusi cara duduk seperti ini, terdapat banyak kebaikan. Antaranya, ia dapat memberikan keselesaan pada perut dan juga mampu menjaga keseimbangan komposisi ruang dalam perut dan juga mampu menjaga keseimbangan komposisi ruang dalam perut yang terdiri daripada 3 bahagian. 3 bahagian tersebut ialah 1/3 ruang adalah untuk makanan,1/3 untuk udara dan 1/3 lagi adalah untuk air. 

Selain itu, Nabi juga menganjurkan kita untuk makan dengan menggunakan tangan kanan bukan menggunakan sudu atau garfu maupun apa saja yang lain. Kajian menunjukkan bahawa terdapat enzim yang mana ia adalah 10 kali ganda lebih baik daripada enzim yang terdapat dalam air liur dan ia sangat berguna dan membantu dalam proses mencerna makanan. Oleh sebab itu, jangan malu untuk makan dengan menggunakan tangan walaupun mungkin ada di antara kita yang cuba menjaga status atau takut menjadi bahan jenaka apabila makan di restoran mewah. Kita perlu yakin pada diri sendiri dan sentiasa ingat kehidupan kita sebagai seorang muslim adalah berpandukan al-Quran dan sunnah. 


Setelah selesai makan, disunatkan juga untuk kita menjilat jari jemari kita yang digunakan untuk makan tadi. Hal ini juga akan mampu memudahkan proses pencernaan kerana kandungan enzim yang ada pada jari kita dengan cepat bercampur dengan makanan yang kita makan. Disarankan juga kita untuk makan dengan menggunakan 3 jari. Mungkin akan terlintas dalam fikiran anda bagaimana kita nak makan dengan menggunakan 3 jari sahaja?
Susahlah kalau nak makan nasi sebab pada zaman nabi baginda banyak makan roti dan buah-buahan seperti kurma. Sebenarnya tidak susah untuk kira amalkan selagi kita mau. Cuba lihat kaum cina boleh makan nasi dengan menggunakan chopstick yang hanya ada 2 batang kayu. Jadi tentu tidak ada masalah untuk kita makan dengan menggunakan 3 jari sahaja kan? .

Kepada anda yang hendak mengamalkan sunnah ini tidak susah. Apa yang penting guna 3 jari pada suapan yang pertama dahulu kemudian bolehlah kita makan seperti biasa . Bak kata orang ,"ambil berkat".

Apapun apabila hendak mula makan, sewajarnya kita mulakan dengan kalimah basmallah atau bismillah . Bukan sahaja ketika hendak makan, bahkan setiap perbuatan kita hendaklah dimulakan dengan kalimah ini. Apabila makan dan minum , Nabi saw pasti akan memulakan dengan menyebut nama Allah. Amalan ini bukan sahaja diamalkan oleh baginda tetapi baginda turut berpesan kepada orang lain agar turut mengamalkannya. 

Dalam satu hadis Nabi saw baginda berpesan agar makan dimulai dengan membaca bismillah ini adalah penentu dalam keberkatan pada makanan itu sendiri. Disamping itu juga, ketika makan ada adabnya yang tertentu yang ditekankan oleh Baginda. 

Antara adab yang ditekan baginda adalah, tidak menjangkaui tangan ketika mengambil lauk yang jauh dan baginda hanya mengambil makanan yang dekat dengan baginda dahulu. Ini bukanlah satu perkara yang ditegah oleh syarak tetapi ia menunjukkan adab dan sopan ketika makan. 

Namun, jika kita terlupa untuk membaca bismillah ketika makan, ini kerana manusia sememangnya lumrah pelupa . Maka Nabi berpesan kepada kita melalui hadisnya: "Barangsiapa lupa untuk menyebut nama Allah ketika makan, hendaklah dia berkata ketika ingat; 

Disamping nabi akan membasuh kedua belah tangan dan juga berkumur-kumur. Hal ini, sebenarnya untuk memastikan agar tangan dan mulut kita bersih sebelum makan agar kekotoran serta bakteria yang ada di tangan dan mulut kita hasil daripada persekitaran kita tidak akan bercampur dengan makanan lantas dapat mengelakkan pelbagai jenis penyakit. 

Seterusnya, barangkali anda selalu mendengar ungkapan ini iaitu "makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang". Nabi saw tidak pernah makan banyak seperti kita. Jika kita makan, kadang sehingga sendawa 3-4 kali. Perbuatan tersebut tidak disukai oleh Nabi saw . Justeru , daripada satu hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar, daripada Nabi saw bersabda : "Orang kafir dengan 7 perut, manakala orang mukmin makan dengan 1 perut sahaja." Perkara ini nampak mudah tapi nak amalkan agak susah sikit ini kerana sudah menjadi amalan kita makan sekenyang-kenyangnya dalam erti kata lain "melantak". Lebih-lebih lagi kalau kita makan di hotel atau restoran yang menyediakan hidangan secara "buffet".Kalau tidak cuba semua rugi pulak. Inilah ungkapan yang sering bermain dalam kotak fikiran kita. Apapun hendak seribu daya tak nak seribu dalih. Marilah kita bersama-sama berusaha untuk cuba makan bila kita terasa lapar dan berhenti makan sebelum kenyang supaya dapat mengelakkan kita menjadi malas melakukan ibadah apabila sudah kekenyangan sudah pasti mengantuk akan menguasai diri. 

Terakhir sekali , Rasullulah saw mengajar kita supaya makan secara berjemaah . Melalui cara ini kita makan 1 dulang agar dapat meningkatkan rasa kasih sayang sesama kita. Jika pasangan suami isteri kemesraan ini akan dapat lebih dirasai dan kita lebih memahami serta bertolak ansur selain mengelakkan berlakunya pembaziran makanan. Berjemaah juga dapat mewujudkan suasana saling bantu membantu antara satu sama lain dikalangan ahli keluarga. Apabila keadaan ini berlaku , sebarang kesulitan dapat diselesaikan dengan baik. Dalam satu hadis daripada Wahsyi bin Harb , daripada bapanya dan daripada datuknya berkata : "Sesungguhnya para sahabat nabi saw bertanya, "Wahai rasullulah saw sesungguhnya kami makan tetapi tidak pernah merasa kenyang. Berkata nabi saw,"berhimpunlah atau berjemaahlah pada makanan kamu dan sebutlah nama Allah atasnya, mudah-mudahan Allah memberikan keberkatan kepada kamu pada makanan tersebut." 

Inilah diantara amalan pemakanan yang diamalkan oleh junjungan mulia kita Rasullulah saw. Baginda pernah berpesan kepada kita bahawa baginda tidak meninggalkan wang atau berlian sebagai harta pusaka namun baginda meninggalkan al-Quran dan sunnah baginda sebagai pedoman hidup umatnya. Baginda menyayangi umatnya sehingga ada riwayat menceritakan bahawa baginda amat risau akan umatnya,sehingga perkataan "ummati" meniti di bibirnya. Begitu sayang Baginda kepada kita. Jadi dengan mengamalkan sunnahnya akan membuatkan kita lebih mengenali dan sentiasa dekat dengan baginda . 

2 ulasan:

Yumida Huda berkata...

bez la mkn dlm talam. mkn ramai2 mmg syok
sunnah nabi
oo baru tahu mcm tu nabi duduk masa dulu..nice sharing

Kucing Hitam berkata...

Kan share reramai2