Isnin, 25 November 2013

Johor Sahkan Cuti Minggu Jumaat dan Sabtu


ss
Sebelum ini desas desus mengatakan Negeri Johor akan kembali cuti pada jumaat dan sabtu. Sebelum ini, Negeri Johor merupakan negeri yang pernah melaksanakan cuti hujung minggu pada hari Jumaat dan Sabtu sebelum tahun 1994 sebagaimana Negeri-Negeri Tidak Bersekutu yang lain, tetapi ditukar kepada Sabtu dan Ahad pada tahun 1994.Rujuk laporan di sini:- 
johor cuti jumaat
Dan Terbaru, dakwaan johor Cuti Jumaat ini disahkan oleh Sultan Johor:-
MUAR: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar menitahkan cuti hujung minggu negeri Johor ditukar kepada Jumaat dan Sabtu.
Baginda bertitah, pertukaran itu berkuatkuasa 1 Januari tahun depan bagi memudahkan rakyat negeri ini beribadat dengan tenang.Berita Harian
Dikatakan, Salah satu sebab Johor bakal Cuti Rehat Hari Jumaat adalah bagi menggalakkan golongan lelaki bersembahyang Jumaat. Penasihat Agama Negeri, Y.B. Dato’ Noh Bin Gadut dikatakan telah mengusulkan kertas kerja Cuti rehat hari jumaat kepada Sultan Johor dan hanya tinggal menunggu perkenan sultan.

Tiada ulasan: