Khamis, 14 November 2013

Keputusan UPSR dah Keluar KL Terbaik

Hari nie keputusan UPSR keluar..KH dapat tau tahun nie ada peningkatan dari segi keputusan 5 A Bagus la adik2 nie.. Harap2 dapat la fokus untuk SPM plak sebab PMR kan dimansuhkan tahun nie last kan..


KUALA LUMPUR: Seramai 2,108 calon mendapat A dalam semua mata pelajaran dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2013 bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Pengarah Pendidikan Negeri, Abdullah Mad Yunus berkata, secara keseluruhan pencapaian keputusan UPSR tahun ini adalah yang terbaik dalam tempoh 10 tahun sejak 2004. 

"Ini kerana Gred Purata Negeri (GPN) bagi tahun ini adalah terendah iaitu 2.16 berbanding 2.17 pada 2012. 

"Bagaimanapun, pencapaian calon cemerlang gred A dalam semua mata pelajaran menurun 0.5 peratus iaitu 9.85 peratus berbanding 10.35 peratus (2012)," katanya dalam sidang media, di sini sebentar tadi.

Seramai 21,403 calon yang menduduki UPSR bagi Kuala Lumpur tahun ini.

Sekolah Kebangsaan Setiawangsa mencatatkan jumlah pelajar paling ramai mendapat A dalam semua mata pelajaran iaitu 87 orang, manakala SK Bukit Damansara mencatatkan peratusan tertinggi pencapaian semua A iaitu 42 peratus atau seramai 75 orang.

3 ulasan:

Muhammad Khairuddin Lim berkata...

Tahniah.,,,,

Budak Nakal berkata...

Tahniah pada semua

Kucing Hitam berkata...

lepas nie semua masuk asrama penuh la hehe