Ahad, 8 Disember 2013

Gambar dan info terkini banjir di Pahang pada 4 Disember

Keadaan banjir di Pahang pada Rabu dilihat semakin buruk dan semakin banyak mangsa banjir dipindahkan ke pusat-pusat pemindahan di negeri ini 
foto terkini banjir di kuantan pahang 4 12 2013 gambar dan info terkini banjir di pahang 4 disember 2013
Paling terjejas adalah di bandar Kuantan dimana hampir lumpuh apabila kebanyakan kawasan terjejas terputus bekalan elektrik dan air, selain jalan raya di sekitar bandar dinaiki air sehingga melebihi 1 meter akibat hujan tidak berhenti hingga hari ini

Penduduk-penduduk di Kuantan sekali lagi diduga Allah apabila hujan lebat hampir menenggelamkan bandar kuantan. Sehingga kini lebih 10000 penduduk diseluruh Pahang telah dipindahkan ke pusat-pusat pemindahan. Kuantan mencatat bilangan paling ramai melebihi 3000 orang.




Gambar dan info terkini banjir di Pahang 4 disember 2013

Dalam pada itu beberapa kawasan perkampungan dan perumahan di sekitar Kuantan turut terputus bekalan elektrik dan air, selain dinaiki air sehingga melebihi dua meter

Menurut laporan, para penduduk di kawasan rendah dan kawasan perumahan di sekitar Kuantan diarah bersiap sedia berpindah berikutan hujan masih berterusan dan dijangka berlaku air pasang dari laut dan bertembung dengan air Sungai Kuantan serta Sungai Lembing pada malam ini


Dalam pada itu beberapa kawasan perkampungan dan perumahan di sekitar Kuantan turut terputus bekalan elektrik dan air, selain dinaiki air sehingga melebihi dua meter

Menurut laporan, para penduduk di kawasan rendah dan kawasan perumahan di sekitar Kuantan diarah bersiap sedia berpindah berikutan hujan masih berterusan dan dijangka berlaku air pasang dari laut dan bertembung dengan air Sungai Kuantan serta Sungai Lembing pada malam ini

foto terkini banjir di kuantan pahang 4 12 2013 4 gambar dan info terkini banjir di pahang 4 disember 2013 

 foto terkini banjir di kuantan pahang 4 12 2013 1 gambar dan info terkini banjir di pahang 4 disember 2013 

 foto terkini banjir di kuantan pahang 4 12 2013 3 gambar dan info terkini banjir di pahang 4 disember 2013

foto jalan raya banjir kuantan pahang gambar dan info terkini banjir di pahang 4 disember 2013

Sementara itu PDRM kontijen Pahang, menerusi laman rasmi Facebook turut membantu orang ramai dengan menyalurkan info, terutamanya jalan yang terlibat dengan banjir dan berikut adalah senarai jalan yang terlibat pada Rabu

Jalan ditutup untuk kenderaan kecil & ringan
Persimpangan hadapan Wisma Belia di bawah jejambat Kuantan Bypass
Jalan Sg. Lembing – Kolej Profesional Mara
Depan DMMC Kempadang
Jalan Kuantan – Kemaman (TLDM)
Jalan Balok ke Pelabuhan di trafik light
KM 21, Jalan Kuantan – Kemaman ke Pelabuhan berhampiran Kg. Ngamuk
KM22 Jalan Kuantan – Bukit Setongkol
Di hadapan Sek. Men Sg. Soi
KM28, Jalan Sg. Lembing-Sg. Charu
Jalan Sg. Ular flyover ke Kuantan
Jalan Permatang Badak ke Kuantan (Tanah Putih)
Jalan Kuantan Bypas – Pelabuhan
Jalan Kuantan – Bukit Sagu
KM8, Jalan Kuantan – Beserah (jambatan runtuh)
KM16, Jalan Kg. Riau
Jalan teribat banjir sekitar daerah Pekan
Batu 6, Jalan Pekan / Nenasi (air melimpah di atas jalan tetapi masih boleh dilalui oleh semua jenis kenderaan)
KM16, Jalan Pekan/Nenasi/Rompin (ditutup untuk semua kenderaan ringan)
KM72, Jalan Pekan – Segamat (ditutup untuk semua jenis kenderaan / jambatan runtuh)
Km3, jalan Sri Makmur – Pelak (ditutup untuk semua jenis kenderaan)
Info terkini dan maklumat berkaitan boleh diikuti di Facebook Polis Pahang (klik)

Dibawah adalah statistik jumlah keseluruhan mangsa banjir membabitkan kawasan terjelas di daerah Maran, Pekan, Rompin dan Kuantan menurut portal bencana majlis keselamatan negara setakat jam 2 petang 
Bilangan mangsaBilangan keluargaPusat pemindahan aktifKematian
84752870600
 Lagi gambar banjir di kuantan
 


 http://4.bp.blogspot.com/-oZbQA_WbCmA/UNkvEhJj29I/AAAAAAAATWw/vS5M_MV-4uQ/s1600/kuantan-banjir-kilat-2012-6.jpg

 

 http://3.bp.blogspot.com/-9ptbC8EVDj0/UNkvB0VHFDI/AAAAAAAATWg/fLOfH1osxvA/s1600/kuantan-banjir-kilat-2012-4.jpg

http://4.bp.blogspot.com/-wNbAo9bqQWM/UNq3g1CJp6I/AAAAAAAAGsI/oIzsXHc8tJI/s1600/gambar-banjir-di-Kuantan-7.jpg

Bekalan Elektrik Di Hentikan

Sementara itu TNB telah menghentikan bekalan elektrik di bandar Kuantan dan beberapa daerah lain di pahang apabila lebih 1,000 buah pencawang elektrik membabitkan hampir 63,000 pengguna di ditenggelami air.

 https://fbcdn-sphotos-b-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash3/8566_656192017764260_942843331_n.jpg 
  
 http://sphotos-f.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/181888_456775121036210_504293175_n.jpg
  
 Embedded image permalink

1 ulasan:

Mawardi Yunus berkata...

Salam, nak jemput join kontest kt blog http://www.mawardiyunus.com/2013/12/pelancaran-kontes-u-blogger_7.html