Khamis, 19 Disember 2013

Permohonan Kemasukan Tingkatan 4 MRSM 2014

mohon mrsm mara 2014 online permohonan kemasukan tingkatan 4 mrsm 2014

Tahniah kepada calon PMR 2013 yang dapat keputusan yang cemerlang. Tahun nie dengar kata ada peningkatan dari bilangan yang dapat A penuh tapi agak sedih sebab prestasi dalam subjek Bahasa Melayu menurun berbanding peningkatan peratus dalam Bahasa Inggeris. Apapun tahun 2013 adalah tahun terakhir bagi PMR sebelum dimansuhkan pada tahun hadapan.

Semestinya banyak adik2 yang merancang untuk meneruskan pengajian mereka di selkolah2 yang lebih baik lagi kan. Kucinghitam pasti MRSM merupakan pilihan utama bagi calon2 yang mendapat keputusan yang cemerlang. Kucinghitam ingin berkongsi macamana nak memohon kemasukan tingkatan 4 bagi MRSM untuk sesi 2014.

Prosedur dan panduan permohonan
  1. Syarat-Syarat Memohon Secara Online
  2. Cara Memohon Kata Laluan
  3. Ujian Kecenderungan kemasukan ke MRSM (UKKM)
  4. Syarat kelayakan Masuk ke MRSM
  5. Tarikh Tutup Permohonan
Maklumat lanjut berkaitan 5 perkara seperti di atas sila klik pada tajuk pautan iklan dibawah dan pastikan komputer anda dilengkapi dengan perisian PDF (Adobe Reader)
Pemohon perlu mendapatkan kata laluan secara percuma di Pejabat MARA Negeri, Pejabat MARA Daerah atau Maktab Rendah Sains MARA mulai tarikh tawaran dibuka untuk mengisi borang permohonan secara dalam talian (online)
Sila bawa salinan kad pengenalan dan keputusan Peperiksaan Percubaan PMR 2013 yang disahkan benar serta angka giliran PMR 2013, semasa mendapatkan kata laluan
Syarat minimum kelayakan masuk MRSM
  • Mendapat sekurang-kurangnya 6A 2B (A dalam Matematik dan Sains) dan tiada gred C, D atau E bagi subjek teras dalam PMR tahun 2013
  • Mendapat markah yang tinggi dalam Ujian Kecenderungan Kemasukan ke MRSM (UKKM)
Aplikasi sistem permohonan online MRSM MARA Tingkatan 4
Sesudah mendapat kata laluan yang diperlukan, pemohon perlu melayari sistem permohonan dalam talian, untuk mengemukakan permohonan klik pada capaian http://mohon.mrsm.edu.my/form4/login.jsp
Seperti yang telah dimaklumkan melalui iklan permohonan, tarikh akhir permohonan secara online adalah pada 18 Oktober 2013 manakala tarikh akhir menghantar cetakan borang dan dokumen yang berkaitan selewat-lewatnya pada 25 Oktober 2013
Pemohon mestilah menghantar cetakan borang dan dokumen yang berkaitan ke alamat seperti di bawah
(Permohonan Ke Tingkatan 4 Tahun 2014)
Pengarah
Bahagian Pendidikan Menengah
Tingkat 19, Ibu Pejabat MARA, Jalan Raja Laut, 50609 KUALA LUMPUR
Maklumat lain yang berkaitan
Bagi pemohonan tingkatan 4 MRSM tahun 2014 Sabah dan Sarawak, kebiasaannya permohonan akan dibuka pada pertengahan bulan Disember ini
Untuk kemasukan Tingkatan 1 MRSM tahun 2014, tawaran permohonan akan dibuka setelah keputusan UPSR 2013 diumumkan
Sebarang maklumat lanjut dan kemaskini yang terkini sila layari laman rasmi Mara di url http://www.mara.gov.my

Tiada ulasan: