Sabtu, 4 Januari 2014

Permohonan BR1M 3.0 Secara Online



BR1M 3 - 2014

Berikut adalah syarat kelayakan dan cara permohonan online BR1M 2014.


-Bagi isi rumah yang berpendapatan bulanan RM3,000 dan kebawah, kadar pemberian 

dipertingkatkan kepada RM650.

-Isi rumah yang berpendapatan bulanan RM3,000 hingga RM4,000 turut menerima BR1M

 pada kadar RM450.

-Bagi individu bujang yang bekerja dan berpendapatan bulanan RM2000 dan kebawah, 

layak menerima bantuan RM300.



Caruman Insuran Takaful Berkelompok Rakyat 1Malaysia atau i-BR1M bernilai RM50 akan 

diberi kepada semua penerima isi rumah BR1M bagi memberi perlindungan maksimum 

sehingga RM30,000 kepada penerima BR1M sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya 

kekal.


Borang Permohonan BR1M 3.0 Secara Online

Muat turun (download) Borang pendaftaran BR1M 3.0 boleh didapatkan dilaman berikut:

http://www.treasury.gov.my/

NOTE : Permohonan BR1M 3.0 secara online belum dibuka dan dijangka akan dibuka pada 

minggu ketiga bulan November 2013

3 ulasan:

Yumida Huda berkata...

bagusnye
blh try isi nanti

Mizz Aiza (Dunia Kecil) berkata...

alhamdulillah rezeki.. belum kemaskini lagi..

puteri kasih berkata...

lebih memudahkan bila boleh memohon dan mengemaskini secara online