Jumaat, 10 Jun 2016

Cara Buat Air Nabeez

 


Cara Buat Air Nabeez Dengan Kurma


Rendam beberapa butir kurma (sebaik-baiknya dalam bilangan ganjil) ke dalam air masak dalam jug air / gelas. Simpan dalam jug/gelas yang bertutup. Boleh diminum selepas direndam dalam 8-12 jam. Buah kurma yang telah lembut itu dimakan begitu sahaja.

Air detox kurma atau disebut juga air nabeez ini boleh diminum begitu sahaja/ boleh dikisar sebelum diminum.

Kurma yang elok digunakan adalah kurma ajwa. Tapi jika tiada kurma ajwa boleh gantikan kurma dari jenis lain seperti Sekki, Barhi dan dan sebagainya. *Untuk makluman, kurma ajwa hanya tumbuh di tanah Madinah (Saudi Arabia) dan ini merupakan kurma kegemaran Nabi Muhammad SAW, warna hitam, tekstur lembut. Kurma ini tidak terlalu manis namun rasanya hampir mirip dengan kismis.

Tapi ingat ya, dilarang meminum air rendaman kurma/ kismis yang sudah memasuki 2~3 hari. Ini disebabkan air rendaman kurma/ kismis yang dibiarkan melebihi 2~3 hari, proses penapaian (fermentation) telah bermula dan air rendaman kismis/ kurma itu sedang dalam proses menjadi arak dan haram diminum.
Anda boleh juga ubahsuai air nabeez ditambah dengan susu/ yogurt untuk dijadikan smoothie.

Selamat mencuba. Air nabeez samada daripada kurma atau kismis, kedua-duanya pun makanan sunnah. Minuman kesihatan yang berkat. Insyaa Allah...


Tiada ulasan: